Lelaki
Anshar menjawab “Ya ada. Yaitu pakaian kasar yang dapat mengalas ounggung unta.
Sehelai kami pakai da nada yang sehelai dihamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah
S.A.W. pun berkata “Bawa kedua-duanya kepadaku.”
Maka lelaki
Anshar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah S.A.W. lantas
baginda Nabi pun berkata kepada orang ramai “Siapa yang mau membeli dua barang
ini ?”
Seorang lelaki
menjawab “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah
pun berkata dan mengulanginya 2, 3 kali “Siapa yang mau menawarkan 2 dirham ?”
Seseorang pun
menjawab “Saya mau membelinya dengan 2 dirham.”
Rasulullah pun
mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Anshar tadi lalu
berkata “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi digunakan
untuk membeli mata kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Anshar
tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah S.A.W. dan memberikan mata kapak
tersebut kepada Baginda.
Rasulullah
S.A.W. memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah pergilah mencari kayu
dengan kapak ini. Aku enggan melihat engkau disini selama 15 hari.”
Lelaki Anshar
itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Anshar itu
dating kepada Rasulullah bersama 15 dirham.
Rasulullah
pun berkata “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah
lebih baik daripada kamu dating meminta-minta karena perbuatan meminta-minta
itu akan merusakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta
itu hanya untuk yang miskin.”